...di antara HALAL & HARAM itu adalah SYUBHAH...

...untuk renungan umat Islam semua....

TOXIC TOOTHPASTE

TOXIC TOOTHPASTE-APA KATA ANDA?

INI ADALAH KERATAN DARIPADA BUKU CANCER-CAUSING CHEMICALS-in cosmetics & Daily Use Products-m/s 72&73

aduan_ubat_gigi1.jpg


ubat_gigi_aduan_2.jpg
 
 
 

PERIHAL BIHUN & LAKSA

KENAPA PIHAK BERKUASA BOLEH TERLEPAS PANDANG PERKARA SEBEGINI?

Pihak kami telah menerima aduan ini daripada orang ramai yang inginkan kepastian. Berita ini juga telah tersiar di Buletin Utama TV3 di atas serbuan oleh pihak berkuasa tempatan. Apa yang dikesalkan, kenapa ianya boleh terlepas pandang? PENGGUNAAN TANDA HALAL KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. DIPERSOAL Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. Tasek Gelugor, Seberang Prai. Monday, September 17, 2007 KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.(TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!! PULAU PINANG Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :- Lot 1123, Tingkat Selamat 6 Kampung Selamat, Tasek Gelugor Seberang Prai 13300. P.Pinang. Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI,CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:- 1-G-2, Sri Pelangi, Jalan Bukom, 10150 Penang. Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?
Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!! Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!! Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-
ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD. yang beralamat No. 22,24,26, Tingkat Perusahaan Utama 1, Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam. Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi. Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi. Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri. Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.
Bukti kewujudan kilang : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Welcome