...di antara HALAL & HARAM itu adalah SYUBHAH...

...untuk renungan umat Islam semua....

BOIKOT PRODUK-PRODUK DARI BELANDA / DUTCH ~ ISLAM DIHINA

Wednesday 09 April 2008 - 13:23:56
KENALI MUSUH ANDA

Assalammualaikum…

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!
geert_wilders.jpg

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

boikot_belanda.jpg

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall's - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady's Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Dumex -Susu Tepung
  30. Nutricia -Susu Bayi
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Tuesday 08 April 2008 - 20:13:34
Kenyataan Akhbar Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pemuda Umno Dan Ajk Pas Pusat Berhubung Isu Penggunaan Minyak Shell Oleh Syarikat Dan Badan Islam Serta Berkepentingan Kerajaan Di Negara Ini.

shell.jpg



Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ), Pemuda UMNO dan AJK PAS Pusat menggesa syarikat serta institusi berkepentingan kerajaan di dalam negara ini supaya menghentikan penggunaan minyak petrol Shell dengan serta merta.

Ini bagi membantah tindakan penayangan filem ‘Fitna’ yang menghina Al – Quran dan Islam secara terang – terangan.

PPIM, Pemuda UMNO dan AJK PAS Pusat mendesak pemberhentian serta merta penggunaan SHELL oleh mana – mana syarikat dan badan Islam dalam Negara ini seperti Tabung Haji yang didapati menggunakan SHELL sebagai minyak petrol rasmi syarikat mereka.


SHELL didapati merupakan syarikat berkepentingan Belanda dan usaha pemboikotan terhadap produk keluaran Belanda perlu diteruskan bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan secara terang-terangan terhadap Islam ini.

Syarikat dan Badan Islam seperti Tabung Haji seharusnya menyokong industri tempatan seperti Petronas yang merupakan kebanggaan Negara ini yang kualitinya setanding dengan produk keluaran luar dan tidak ada rasionalnya menyokong produk seperti SHELL. 

Produk keluaran Belanda seperti Shell ini perlu diboikot bagi menyuarakan bantahan umat Islam terhadap isu ini. Syarikat serta badan Islam di Negara termasuk yang berkepentingan kerajaan harus turut sama dalam usaha boikot ini bagi bersama menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Islam oleh ahli Parlimen Belanda Greet Wilders.

Masyarakat pengguna Islam harus bekerjasama dalam isu boikot ini kerana inilah sahaja yang mampu dilakukan oleh setiap masyarakat pengguna Islam bagi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan agama Islam. Ini bukan usaha sabotaj kerana boikot ini berupaya menghantar isyarat jelas terhadap mereka yang cuba menghina kesucian agama Islam agar tidak mengulangi perbuatan ini.[END]

Datuk Pirdaus B. Haji Ismail
EXCO Pemuda UMNO
012-2840084


Noor Nirwandy B. Mat Noordin
Pengarah Projek PPIM
019-3172211


Dr. Lo’lo’ Bt. Datuk Hj Mohd Ghazali
AJK PAS Pusat
Ahli Parlimen Titiwangsa
019-2100066

BOIKOT BARANGAN SYARIKAT-SYARIKAT YANG MENYOKONG REJIM YAHUDI

 

 

KE SINILAH, SUMBANGAN ANDA DARI PEMBELIAN PRODUK-PRODUK JENAMA DI ATAS 

  

 

 PELURU-PELURU DAN BOM-BOM UNTUK MEMBUNUH INSAN-INSAN YANG SEAGAMA DENGAN KITA

 

SEDARLAH & INSAFLAH

 

 

Welcome